Mula2 macam nak tulis tajuk entry ni pengasuh atau baby sitter je. Pastu terpikir. Eh. Kan dua perkataan tu makna yang sama je. Haha!
Irdina will turn 1yr old this month. Tak tahu nak celebrate macammana. Sebab rasanya on her birthday we'll be traveling back to terrengganu after celebrating raya haji with everybody in kampung. InsyaAllah,nak balik kedua-dua kampung nanti. Mudah2an panjang umur kami. Aminn
2hari lepas,masa ambik irdina dari rumah pengasuh dia,kak anne (bukan nama sebenar: dengan harapan,kak N atau yg sekupu2 dengannya tak baca la blog ni. Haha!) cakap nak naikkan upah untuk menjaga irdina start tahun depan. Mama yg blurr masa tu sebab dah bangun nak balik dari rumah k.N,tercakap plak ok. Selalunya mama akan cakap nak bincang dulu dengan en.suami. Tp entah kenapa masa tu,yg keluar dari mulut ni,hanya ok. Pastu mama blur. Dalam hati terdetik juga,biasanya bila budak makin besar (irdina nak 1thn dah kan!)makin kurang. Tp kenapa makin naik ye?! Pastu mama rasa,takpelah. Bayar jela.. Tapi mama macam still tak puashati. Kenapa?kenapa? And kenapa? And sesungguhnya soalan tu, k.N jela yg boleh jawab.
Bila bercerita pd kakak2 kt tempat kerja ni. Ramai yang suruh mama tukar pengasuh atau hantar irdina ke taska. Mama terfikir,ada bagusnya juga kalau hantar irdina ke taska. Boleh la irdina belajar berdikari dan bergaul dengan kawan2. Mana la tahu irdina akan pandai sesuaikan diri. Belajar untuk survive and tak manja2 dah. Sebab 2 3 ari ni,k.N selalu bgtau irdina sangat manja. Tak mahu ditinggalkan sorang. Walaupun k.N ada kat dapur utk memasak. Huu. Adakah sebab k.N dah tak sanggup nak jaga irdina,sebab tu dia naikkan harga? Again. Soalan tu,k.N je boleh jawab.
Mama rasa susah hati sekarang ni. Ada 3 bln lagi sebelum tahun baru menjengahkan diri. And mama ada masa 3bln lg untuk consider apa yg terbaik untuk irdina. Kalau korang ditempat saya,apa yg korang buat? En.suami tak kisah mana2 pun pilihan saya. Huaa..kenapa mesti saya yg buat keputusan? Saya tak geti nak rasional dalam bab2 macam ni. Ikut perasaan,ikut hati. Boleh mati..huk2.
Bila membayangkan irdina berada ditaska,hati dan naluri saya sbg seorang ibu terdetik. Boleh ke irdina survive ditaska nanti?kalau irdina jatuh,takut atau kena buli dengan kawan2,then nangis,ada tak orang yang akan pujuk irdina. Membayangkan semua ini saya dah mula mengalirkan air mata. Yela. Tahu jela taska ni. Bila ramai kanak2 and semua perlukan perhatian. Mesti sedikit sebanyak irdina akan terabai.
Kemudian saya terpikir. Kenapa saya sebagai seorang ibu tak yakin dengan kemampuan anak saya sendiri? Kalau dia jatuh. Dia kena belajar bangun sendiri. Kalau dia kena buli atau mainan dia dirampas,dia kena belajar macammana nak fight back for her right (bukan gaduh bertumbuk la tp in a profesional way). But then kalau dia nak balik n menangis or mengadu pada mama dia about what happen in school,i'll be there for her. Comfort her and cuddle he as much as she wanted me too. I'll lend her my shoulder,my trust and all of my strenght to her. InsyaAllah,irdina akan ok kan?
Mama sayang irdina. Mama hantar irdina pergi taska bukan sebab mama N nak naikkan harga jaga irdina. Tapi sebab irdinia is a big girl now. Boleh mula belajar main dengan kawan2. And mama nak irdina pandai bergaul. Mama tak tahu sama ada terlalu awal atau tak mama anta irdina ke taska. Tapi baik anta sekarang dari irdina pandai memberontak and tak mahu dihantar ke taska kan?
Sayunya hati...tak tahu nak buat camne..huu. Pengasuh ke,taska nih untuk irdina? :'(

No comments:
Post a Comment