Sunday, October 28, 2012

Maafkan Mama Sayang

Entry ni, kira sambungan dari entry mama yg lepas (pertarungan-bermula).

Sampai je kat ward, nurse suruh susukan baby lagi. Ini pengalaman mama yang pertama, seriously tak tahu macam mana nak buat. Nurse tu siap paksa lagi susukan baby. Irdina masa tu langsung tak nak menyusu. Nak melekat je dekat mama. pastu terdengar irdina berbunyi macam orang mengerang. "Eh, kenapa pulak anak mama ni?". Nurse kata irdina macam nak meneran nak poopoo. Mama tak tahu apa2, biarkan je irdina macam tu. Tapi mama peluk irdina. Pastu irdina senyap. Tak lama lepas tu, irdina mula mengerang lagi. Buih-buih start keluar dari mulut dia. Mama ingatkan irdina haus kot. Tu yang sampai berbuih mulut dia kering. Mama cuba susukan lagi. Haih. Terlalu yakin mama saat itu yang susu mama  memang takda. Irdina tak mahu minum, buka mulut pun tak nak. Mujurla semasa irdina mengerang, doctor tengah buat round. Doctor kata irdina grunting. Dia marah mama sebab tak bagitahu baby grunting. Mama terpinga-pinga. Tak faham apa yang berlaku. Doctor cepat-cepat ambik irdina dari mama. mama terpinga-pinga lagi.. lama. Tapi diorang tak pulang balik irdina kat mama. mama rasa letih, rasa nak tdo sebab tido tak cukup. Tapi mama terfikir. Apa orang buat dengan irdina? Kenapa tak pulang balik irdina kat mama? mana irdina? Irdina ke yang mama dengar tengah menangis tu?


Mama gagahkan diri, bangun dari katil, cari irdina. Ya Allah, mama tgk irdina da kena pasang mcm tpt letak oksigen, tapi kat kepala je. Mama blur. Apa yg patut mama buat? Mama tanya doctor. Dia kata, irdina hypo and terlalu sejuk, tersedut lendir jugak.  Doctor tanya lagi, tadi ada bagi susu tak?? Mama ckp, takda, sbb susu tak keluar lagi. Ya Allah, sebab tak bagi susu ke anak mama jadi macam ni? Mama dah susah hati. Doctor cakap nak observe dulu. Kalau boleh buat apa-apa kat o&g, diorang akan usahakan. Kalau tak, kena hantar ke nicu. Diorang cuba keluarkan lendir tu, tapi takda. Sekarang irdina tengah berjuang untuk mengeluarkan lendir tu sendiri. Sebab tu ada buih-buih di mulut irdina. Nurse and doctor suruh mama berehat. Macam mana mama nak berehat sedangkan irdina macam tu?

 

Lama, mama baring sorang dikatil. Menanti berita tentang irdina. Kemudian, datang sorang doctor, bagi tahu mama, irdina kena hantar g nicu. Runtun hati mama mendengar nya. Tak tahu nak buat apa. Mama teks en.suami. dia kata sabar. Doctor lagi tahu apa yang sepatutnya diorang buat. Mama cuba bersabar

Hari pertama irdina di nicu, macam-macam tiub dipasang. Tak sampai hati mama nak tengok. Tapi mama tetap nak belai irdina. Nak bagi semangat kat anak mama. cepat sembuh ye sayang

Hari kedua, doctor bagitahu, irdina kena infection, sbb lendir yang dia tersedut tu agaknya. Mama kena pulang sayang,  cepat sehat ye? Nanti mama teman irdina bila ada tempat di nursery ye?

Alhamdulillah, hari ke3, mama boleh temankan irdina di nursery. Mama nekad, nak bagi irdina susu banyak2. Biar irdina cepat sehat.  Nurse ajar mama susukan irdina guna cawan kecik. Pandai irdina minum, banyak. Haus ye sayang? Alhamdulillah, susu mama pun ada..


Maafkan mama sayang, di atas kejahilan mama, irdina terpaksa menahan lapar. Mama patut susukan irdina masa kat labouroom sampai susu mama keluar. Mama patut yakinkan diri mama yang susu tu ada, baru susu akan keluar. Jahilnya mama sebab tak belajar ilmu-ilmu penyusuan sebelum irdina keluar menjenguk dunia. Maafkan mama sayang, kerana membiarkan irdina hanya dibalut selimut, bukannya pelukan mama. terlalu banyak penyesalan mama selepas melahirkan irdina sampai irdina terpaksa dimasukkan ke nicu. Maafkan mama sayang.. andai mama dapat putarkan masa, mama tak akan lepaskan irdina. Ya ALLAH, sesungguhnya aku tak dapat memutarkan waktu. Tapi aku berdoa dan berharap, aku dan tiada seorang ibu pun yang akan mengulangi kesilapan aku ini. Aminn

Ibu-ibu diluar sana, termasuk diri ini, ingatlah. Jangan ulang kesilapan saya :'(


Kesilapan 1: tak makan masa dah rasa sakit nak bersalin, even jalan baru buka 3cm. makan ye? Untuk tambah tenaga untuk push baby and jaga baby lepas baby keluar nanti


Kesilapan 2: susu ibu tidak akan keluar tanpa rangsangan dari baby. So, susukan baby anda seawal mungkin. Dapat je baby, susukan dia sampai susu tu keluar. Satu lagi tips, kena set dalam minda, yang susu tu ada, banyak. insyaALLAH, susu akan keluar dengan banyak. Bagi kolustrum susu ibu tu, banyak2. Itu yang ada paling banyak antibody untuk baby.


Kesilapan 3: susu ibu sangat penting, sebab masa menyusukan baby, masa tula kita sangat dekat dengan dia. Kehangatan badan kita mampu menambahkan kehangatan kepada tubuh kecil baby kita. Peluk dia erat-erat ye.

No comments: