Thursday, September 20, 2012

In Labour Part III (Pertarungan Bermula)

Ok, hari ni ada mood nk sambung. Hee.

Part III ni, mmg sangat sakit. Huu. Seriously a battle. En. Suami panggil, football match. Hahaha.

 

Lepas tengok mama macam semacam je, en.suami panik and panggil nurse. Bila nurse sampai, "dia tanya , kenapa dik? Awak belum boleh push lagi nih." Mata mama layu je tgk nurse tu. Sakit dah tak tertanggung. Memang tak boleh nak cakap apa dah. Datang plak lagi seorang nurse, " cuba cek dulu, baby dia ni kecik je". " Okay2. Baring dik" so, mama pn betulkan posisi dari mengiring kepada menelentang. Lepas nurse cek " hah, dah boleh ni. Ok dik, sedia ye?" dalam hati mama masa tu, ha..kan dah cakap! Mmg dah boleh push dah.kenapa semua orang tak percaya tadi? Huu. Agaknya, masa tu, da nampak kepala irdina. Hmm.agaknye la sbb  mama tak nampak pun. Boleh rasa je. Hee.

So, kelam kabut kejap nurse yg ada. Masa tu, seingat mama, ada 3 orang nurse, termasuk nurse pelatih yang teman mama masa mula-mula sampai labourroom  tadi. " okay dik, bila dah ready, awak push ye?" bila posisi mama dah ok je, mama terus push. Masa tu tak ingat dah macam mana nak push yg sepatutnya. Padahal dah pegi kelas antenatal. Haih. Nasib baik pergi tu free, kalau berbayar, tak patut betul mama lupa. Seingat mama, nurse siap letak minyak, untuk mempermudahkan proses irdina keluar. Selawat nabi, mengelilingi bilik tu.

 

Kemudian datang lagi sorang nurse: "primid (1st baby) ye?". "Ha,a". jawab yang lain. "ok, cuba letak tempat letak kaki tu, suruh dia letak kaki kat situ and push". Mama push lagi. Nurse pelatih tu cakap kat mama " kak, teran macam akak sembelit tu. Sekuat-kuat hati". Erk.sempat lagi mama cam sape yg cakap time tu. Hee. Sembelit? How?  " teran kuat-kuat..geram kat kita ni" sorang lagi bersuara.eyahhh! " jangan jerit dik, nanti awak hilang tenaga." Aduh. Camne nih. Nape tak keluar-keluar jugak? Datang lagi seorang nurse. " kenapa ni? Primid ye?" haih. Nampak sangat la org yg 1st timer ni memang pelik and tak geti nak teran. Takda experience katanya. Hee.

"Dik, jangan pejam mata..tgk kita.tgk kite" "hah,awak tgk jam tu"  terdengar lagi suara nurse. bila teranan mama tak berjaya, mama tgk jam sambil push. Dah kul 3.30am dah masa tu. He. Sempat lg observe pukul berapa. " adik, awak sakit ke tak ni? Kalau tak sakit, jangan push, sakit baru push sekuat-kuat hati" sambil pegang perut mama. Hah? Macammana ni? Kenapa mama rasa sakit tu sentiasa ada je? Huu. "ok dik, tarik nafas, bagi baby dapat oksigen dulu..nanti kita teran lagi ye?" . huu. Mama tarik nafas. Cuba mengesan sakit maksimum sebagai tanda mama perlu teran lagi. Tangan nurse kat perut tu, masih ada. Bila mama rasa sakit, mama teran lagi. " ok dik, dah nampak kepala dah ni. Lagi..lagi.." erkk…haah.mama surrender.  Datang lagi seorang nurse. "macam mana ni? Dah lama ke dia push?" " dari kul 3 tadi" "oh. Ok. Anggap kul 3.15 la. Bagi dia masa" alamak, apa yang diorang nak buat kat mama and baby mama ni kalau baby tak keluar lagi? Ya ALLAH, izinkanlah aku bersalin normal dan selamatkanlah anakku..masa tu, mama berdoa banyak2 dalam hati. En. Suami cakap kat mama " boleh..awak  mesti boleh. Anak kita tu. Dah nampak kepala dah tadi. Sikit je lagi"


 Makin lama makin ramai pulak nurse yang mengelilingi mama. Dari 3 orang, sampai sekarang ni, ada 6 orang nurse (see why en.suami call it a football match? Dah macam tengok bola dah..hee).mama kumpul tenaga lagi. " dik, kita lepaskan kepala je. Kalau kepala dah lepas, dah senang dah." Terdengar lagi nurse cakap. Then nurse explain cara macam mana yang mama patut push. Mama angguk-angguk tanda faham. Tapi lepas tu, mama blurr. Hee. Sampai macam tu sekali kalau dah dalam labouroom ni. Huu

Okay, kali ni rasa sakit lagi. " ok dik. Sekuat-kuat hati!" aaahhh! "sikit lagi yang! Sikit lagi. Boleh, boleh! Dah nampak kepala dah tu." Terdengar suara en. Suami.haaah! woossshhh! Terasa satu beban keluar and badan rasa sangat ringan. Masa tu, paras kaki ke bawah dah takda rasa ape..mama cuma boleh tarik nafas lega dan mencari sisa-sisa tenaga yang tinggal. Ngeekkk!!ngeekkk! terdengar suara irdina pertama kali keluar kedunia. Subhanallah..anak mama. Huu. Nurse terus letak kat perut mama, Mama tengok irdina. Huu. Kecik je anak mama ni. Masa nurse letak kat perut tu, macam tak terasa je. Mula-mula mama tak dapat tengok muka irdina sebab terlindung dengan kain baju yang mama pakai. Bila nurse selak, mama terus kucup dahi anak mama. Alhamdulillah sayang, semua dah selamat.anak mama dah keluar dah.. Sempat mama dengar nurse cakap, baby dah poopoo ye. dalam hati mama terdetik, Wah! Irdina terus bagi mama hadiah ye? Hee. Alhamdulillah. Nanti mama tunggu irdina buang air kecil je, pastu kita boleh balik rumah ye sayang. " ok encik, dah keluar dah baby ni. Anak apa?" " perempuan" suara en. Suami menggeletar. Mama tahu, abah irdina turut terharu dengan kelahiran puteri kami. Huu. " ok, bleh la azankan sekarang" nurse tambah lagi. Dengan suara menggeletar, en.suami mengazankan irdina. Ya ALLAH, syukur yang tidak terhingga kerana semuanya selamat. " okay, kita ambik baby ye, nak bersihkan. Encik boleh tunggu kat luar ye? Nanti boleh azankan lagi sekali kat luar.


Then, en.suami cium dahi mama. Alhamdulillah, semua selamat. Terharu kejap. so, bermula la tugas nurse-nurse yang ramai tu, membersihkan mama.


Alhamdulillah, irdina selamat. Syukur sangat2. Lepas mama and irdina dah siap bersih, irdina yg putih bersih masa tu, dihulurkan kepada mama. nurse cakap, susukan baby ye? Dia da pandai menyusu tu. Tiba2 mama tengok sekejap-sekejap, mulut irdina berbunyi mencuit. Crutt..crutt.. minta susu. Hee. Comel je anak mama nih. Tapi masa tu, mama tak confident ada susu nak bagi irdina minum. Kesian irdina. Dia betul-betul lapar and haus. Mama and irdina ditolak masuk ke dalam wad. Masa tu, irdina menangis kuat sangat. Mama mula risau, sebab sepanjang kami didalam labouroom tadi, tak dengar langsung irdina menangis sampai macam tu sekali. Mama keletihan, sampai blood pressure pun low sebelum ditolak ke wad tadi. Tekak pun rasa kering. Rasa macam hilang semua tenaga. Tapi sebab labouroom dah start sibuk, diorg hantar jugak mama ke wad.

1 comment:

adilahabdrahim said...

betul2 mencabar la kak long... huaaaaaa....