Tuesday, October 16, 2012

Baity jannati

Bismillahirahmannirahim..
Ehem. Ni kira 1st entry nk cerita pasal baity jannati. Hee. Semua sebab excited siang tadi mencari lampu cantek untuk menerangi dapur rumah tu. Hee

Sementara irdina terlelap ni. Boleh la mama update sikit pasal rumah. Alhamdulillah. Selepas seriously berbincang dengan en.suami,buat kira-kira tambah tolak. Kami decide nak beli rumah. Nekad je nak beli rumah kat terengganu ni. Since en.suami dah pun bekerja dan menemani kami di sini plus plus tiada sebarang khabar berita mengenai pertukaran mama ke K.L. So,ada baiknya kami beli rumah di sini. Harga rumah pun makin naik sekarang. Beza 1 tahun. Tapi harga rumah naik sampai 10k. Haih. Kat terengganu ni jangan cakap la. Kalau bukan area gong badak sana tu. Jangan harap la boleh dapat bawah 200k. Haih. Rumah2.

Masa mula2 mencari rumah. Ada 3 perkara penting pada rumah tu yg kami nak.

1. Rumah tu mesti tak jauh sangat dari hospital dan chendering. Kawasan mama dan baba bekerja.
2. Rumah tu mestilah 1tingkat
3. Rumah tu mesti luas di mata kami. Hee
Ops. Next criteria,affordable la ye. Hee

Kami dapat rumah semi-d di kawasan sena rendang,marang ni. Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat2. Sebab tuan tanah a.k.a kontraktor yang buat rumah ni sangat baik. Nama dia en.mat. Kami kiranya 1st buyer la untuk projek rumah semi-d tanah en.mat ni. Masa mula2 melawat tapak, rumah baru 70% siap. So en.mat bagi kami pilihan untuk memilih tiles dan warna cat dalam rumah tu. Wah. Mula la mama membelek majalah deko seperti impiana, dapur,apartment and anjung seri. Komen sket pasal majalah2 ni. Content diorg mesti ada yang sama. Agaknya sebab bawah 1 bumbung juga kot. Then, apartment is my favorite. Since kluasan rumah kami takda la luas mana.

Ok. Sikit-sikit kami terlibat dalam pembinaan rumah tu. Penat mama and baba pikir warna apa nak letak. Nasib baik ada en.mat yang turut memberi pendapat berdasarkan pengalaman dia

Cat dalam rumah


1. Master bedroom. Kami memilih warna biru. Light blue. Macam nyaman je kan. Hee.

2. Bilik no.2 yang kami plan untuk jadi bilik irdina. Warna pink. Sebab baba suka pink and sesuai la utk gegurl kan? Wink2 :p

3. Bilik no.3 sebagai bilik tetamu. Warna olive green sebagai pilihan. Mama suka kaler ni. Tak tahu la kenapa. Tapi bila dah cat. Cantek jugak. Hee


4. Hall pulak,kami pilih warna light brown. Nampak luas je hall kami yg ciput ini. Belum letak barang2 lagi. Agaknya camne la bila da letak barang?huu. 


5. Untuk dapur yang menjadi centre in my heart. Yup. Dapur ni special sket. Sbb mama memang nak dapur ni cantik sebab mama akan mencurahkan banyak masa kat dapur ni. So. I want it to be my way. Kalau tak dpt exactly pn,dpt 90% dr apa yg mama imagine pn da ok. Haha!
So. Dapur ni akan ada special entry nanti ye.  :)


6. Untuk cat luar,dari dinding hinggalah ke pagar rumah. Semua en. mat yang tentukan. Sebab dia nak make sure seragam 1 taman tu nanti katanya. Tapi mungkin dia nak setiap 2 unit warna yang sama. So rumah kami dan jiran sebelah sama warna. Next unit warna lain pulak. Senang nak tunjuk rumah kita yang mana satu katanya. Hee
Cantik kan tembok pagar rumah ni. Saya suka! Kalau ada masa rasa nak cat daun2 yang ada kat pagar ni jadi warna hijau. Baru enhance sikit ukiran kat tembok ni. Ok. Next projek. Hee

So ni la a few picture yang  menunjukkan dari mula2 kami pegi melawat kawasan rumah ni. Sampai la da siap cat ni.





Alhamdulillah. Dah 95% siap dah rumah ni. InsyaAllah kalau takda apa2 aral melintang. Hjg tahun ni dapat la kami duduk rumah baru. Hee. Amin2! mudah2an

No comments: