Tuesday, October 30, 2012

happy birthday sayang!

salam aidiladha. 29oct 2011, start kul 12malam mama dah mula ditolak masuk ke dalam labouroom bagi melahirkan irdina. kejap je da setahun.  tak sangka masa begitu cepat berlalu. what a year. alhamdulillah..so, mama nak abadikan a few gambar irdina dalam ni, since mama positive preggy sampai la irdina dah setahun nih. hee


1st day mama disahkan preggy :)


irdina at 7 weeks


irdina's 1st heart beat


irdina at 17 weeks


mama at 5 month preggy


mama at 6mth preggy. masa nih tengah celebrate birthday mama :)


irdina and mama at 34 to 36 weeks preggy. 1st raya as a wife and my convocation. 



mama serah diri sebab irdina xmau keluar juga :)


29th october 2011, tepat 3.45am: irdina was born. this is the 1st picture that mama took, irdina at 4 days old


irdina on our favorite nursing chair. hee


irdina lepas cukur jambul at day 44


irdina's 1st big family picnic. gambar berpicnicnya, yg mama letak kat heading blog ni. hee.


our 1st family outing sebelum kami balik terengganu. kami kenyang, irdina tido. hee. ni kes mama balas dendam, baru boleh makan mcD lepas berpantang. hahaha


irdina at 3month. kalau babah dukung, mesti tido. lagi2 kalau kena angin pantai kat terengganu ni. hee


irdina 1st time meniarap. at 4mth +


irdina with bumboo and her 1st meal (6th month +)



irdina da pandai mengesot and duduk (6-7mth)


irdina 1st raya at 10th mth (masa ni irdina da pndai diri). sejuk mata memandang irdina pakai tudung ni. hee.


all of irdina excited and giggle faces :)


irdina at 1years old. mama and babah sayang irdina. membesar jadi anak yang solehah cemerlang dunia akhirat ye sayang. muahh



happy birthday sayang! 



Sunday, October 28, 2012

Maafkan Mama Sayang

Entry ni, kira sambungan dari entry mama yg lepas (pertarungan-bermula).

Sampai je kat ward, nurse suruh susukan baby lagi. Ini pengalaman mama yang pertama, seriously tak tahu macam mana nak buat. Nurse tu siap paksa lagi susukan baby. Irdina masa tu langsung tak nak menyusu. Nak melekat je dekat mama. pastu terdengar irdina berbunyi macam orang mengerang. "Eh, kenapa pulak anak mama ni?". Nurse kata irdina macam nak meneran nak poopoo. Mama tak tahu apa2, biarkan je irdina macam tu. Tapi mama peluk irdina. Pastu irdina senyap. Tak lama lepas tu, irdina mula mengerang lagi. Buih-buih start keluar dari mulut dia. Mama ingatkan irdina haus kot. Tu yang sampai berbuih mulut dia kering. Mama cuba susukan lagi. Haih. Terlalu yakin mama saat itu yang susu mama  memang takda. Irdina tak mahu minum, buka mulut pun tak nak. Mujurla semasa irdina mengerang, doctor tengah buat round. Doctor kata irdina grunting. Dia marah mama sebab tak bagitahu baby grunting. Mama terpinga-pinga. Tak faham apa yang berlaku. Doctor cepat-cepat ambik irdina dari mama. mama terpinga-pinga lagi.. lama. Tapi diorang tak pulang balik irdina kat mama. mama rasa letih, rasa nak tdo sebab tido tak cukup. Tapi mama terfikir. Apa orang buat dengan irdina? Kenapa tak pulang balik irdina kat mama? mana irdina? Irdina ke yang mama dengar tengah menangis tu?


Mama gagahkan diri, bangun dari katil, cari irdina. Ya Allah, mama tgk irdina da kena pasang mcm tpt letak oksigen, tapi kat kepala je. Mama blur. Apa yg patut mama buat? Mama tanya doctor. Dia kata, irdina hypo and terlalu sejuk, tersedut lendir jugak.  Doctor tanya lagi, tadi ada bagi susu tak?? Mama ckp, takda, sbb susu tak keluar lagi. Ya Allah, sebab tak bagi susu ke anak mama jadi macam ni? Mama dah susah hati. Doctor cakap nak observe dulu. Kalau boleh buat apa-apa kat o&g, diorang akan usahakan. Kalau tak, kena hantar ke nicu. Diorang cuba keluarkan lendir tu, tapi takda. Sekarang irdina tengah berjuang untuk mengeluarkan lendir tu sendiri. Sebab tu ada buih-buih di mulut irdina. Nurse and doctor suruh mama berehat. Macam mana mama nak berehat sedangkan irdina macam tu?

 

Lama, mama baring sorang dikatil. Menanti berita tentang irdina. Kemudian, datang sorang doctor, bagi tahu mama, irdina kena hantar g nicu. Runtun hati mama mendengar nya. Tak tahu nak buat apa. Mama teks en.suami. dia kata sabar. Doctor lagi tahu apa yang sepatutnya diorang buat. Mama cuba bersabar

Hari pertama irdina di nicu, macam-macam tiub dipasang. Tak sampai hati mama nak tengok. Tapi mama tetap nak belai irdina. Nak bagi semangat kat anak mama. cepat sembuh ye sayang

Hari kedua, doctor bagitahu, irdina kena infection, sbb lendir yang dia tersedut tu agaknya. Mama kena pulang sayang,  cepat sehat ye? Nanti mama teman irdina bila ada tempat di nursery ye?

Alhamdulillah, hari ke3, mama boleh temankan irdina di nursery. Mama nekad, nak bagi irdina susu banyak2. Biar irdina cepat sehat.  Nurse ajar mama susukan irdina guna cawan kecik. Pandai irdina minum, banyak. Haus ye sayang? Alhamdulillah, susu mama pun ada..


Maafkan mama sayang, di atas kejahilan mama, irdina terpaksa menahan lapar. Mama patut susukan irdina masa kat labouroom sampai susu mama keluar. Mama patut yakinkan diri mama yang susu tu ada, baru susu akan keluar. Jahilnya mama sebab tak belajar ilmu-ilmu penyusuan sebelum irdina keluar menjenguk dunia. Maafkan mama sayang, kerana membiarkan irdina hanya dibalut selimut, bukannya pelukan mama. terlalu banyak penyesalan mama selepas melahirkan irdina sampai irdina terpaksa dimasukkan ke nicu. Maafkan mama sayang.. andai mama dapat putarkan masa, mama tak akan lepaskan irdina. Ya ALLAH, sesungguhnya aku tak dapat memutarkan waktu. Tapi aku berdoa dan berharap, aku dan tiada seorang ibu pun yang akan mengulangi kesilapan aku ini. Aminn

Ibu-ibu diluar sana, termasuk diri ini, ingatlah. Jangan ulang kesilapan saya :'(


Kesilapan 1: tak makan masa dah rasa sakit nak bersalin, even jalan baru buka 3cm. makan ye? Untuk tambah tenaga untuk push baby and jaga baby lepas baby keluar nanti


Kesilapan 2: susu ibu tidak akan keluar tanpa rangsangan dari baby. So, susukan baby anda seawal mungkin. Dapat je baby, susukan dia sampai susu tu keluar. Satu lagi tips, kena set dalam minda, yang susu tu ada, banyak. insyaALLAH, susu akan keluar dengan banyak. Bagi kolustrum susu ibu tu, banyak2. Itu yang ada paling banyak antibody untuk baby.


Kesilapan 3: susu ibu sangat penting, sebab masa menyusukan baby, masa tula kita sangat dekat dengan dia. Kehangatan badan kita mampu menambahkan kehangatan kepada tubuh kecil baby kita. Peluk dia erat-erat ye.

Monday, October 22, 2012

cerita convocation

wah!! sekarang musim convocation kan? congratz to all umbian yang convo baru nih. teringat masa mama konvo tahun lepas. masa tu dah 9 bulan mengandungkan irdina. nasib baik takda rasa nak terberanak. haha!
so, naik la mama dengan perut memboyot tu ke pentas. seorang je, wakil umbi. patutnya masa tu konvo sekali dengan aunty khaty. tapi sebab pada tarikh konvo tu, aunty khaty naik pelamin pulak. terpaksa la mama sorang-sorang naik pentas. yang paling kelakar, lepas terima scroll, boleh pulak mama turun pentas ikut tengah2 red carpet. padahal sepatutnya turun kat tepi pentas. hahaha. ni gara-gara tak pergi raptai la nih. pastu seorang je plak tu naik pentas. hahaha.

ni la warga umbi and prof Rahman yang konvo arini


congratz korang


berbekalkan kesaratan dengan baby irdina dalam perut. (irdina kecik2 lagi dah konvo) hehe. mama terpaksa pakai kasut lelaki tau nak naik pentas nk ambik scroll. waa. rse mcm nk sambung belajar lagi and konvo lagi je. hee. sbb knvo nilah, 1st time en.suami bg bunga kat sy. hee. terima kasih dearie ^_^


my old time favourite and will be forever. he. irdina in the womb



family during the convo


Thursday, October 18, 2012

Suamiku..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu


Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

amin. ya rabbal alamin..

Tuesday, October 16, 2012

Baity jannati

Bismillahirahmannirahim..
Ehem. Ni kira 1st entry nk cerita pasal baity jannati. Hee. Semua sebab excited siang tadi mencari lampu cantek untuk menerangi dapur rumah tu. Hee

Sementara irdina terlelap ni. Boleh la mama update sikit pasal rumah. Alhamdulillah. Selepas seriously berbincang dengan en.suami,buat kira-kira tambah tolak. Kami decide nak beli rumah. Nekad je nak beli rumah kat terengganu ni. Since en.suami dah pun bekerja dan menemani kami di sini plus plus tiada sebarang khabar berita mengenai pertukaran mama ke K.L. So,ada baiknya kami beli rumah di sini. Harga rumah pun makin naik sekarang. Beza 1 tahun. Tapi harga rumah naik sampai 10k. Haih. Kat terengganu ni jangan cakap la. Kalau bukan area gong badak sana tu. Jangan harap la boleh dapat bawah 200k. Haih. Rumah2.

Masa mula2 mencari rumah. Ada 3 perkara penting pada rumah tu yg kami nak.

1. Rumah tu mesti tak jauh sangat dari hospital dan chendering. Kawasan mama dan baba bekerja.
2. Rumah tu mestilah 1tingkat
3. Rumah tu mesti luas di mata kami. Hee
Ops. Next criteria,affordable la ye. Hee

Kami dapat rumah semi-d di kawasan sena rendang,marang ni. Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat2. Sebab tuan tanah a.k.a kontraktor yang buat rumah ni sangat baik. Nama dia en.mat. Kami kiranya 1st buyer la untuk projek rumah semi-d tanah en.mat ni. Masa mula2 melawat tapak, rumah baru 70% siap. So en.mat bagi kami pilihan untuk memilih tiles dan warna cat dalam rumah tu. Wah. Mula la mama membelek majalah deko seperti impiana, dapur,apartment and anjung seri. Komen sket pasal majalah2 ni. Content diorg mesti ada yang sama. Agaknya sebab bawah 1 bumbung juga kot. Then, apartment is my favorite. Since kluasan rumah kami takda la luas mana.

Ok. Sikit-sikit kami terlibat dalam pembinaan rumah tu. Penat mama and baba pikir warna apa nak letak. Nasib baik ada en.mat yang turut memberi pendapat berdasarkan pengalaman dia

Cat dalam rumah


1. Master bedroom. Kami memilih warna biru. Light blue. Macam nyaman je kan. Hee.

2. Bilik no.2 yang kami plan untuk jadi bilik irdina. Warna pink. Sebab baba suka pink and sesuai la utk gegurl kan? Wink2 :p

3. Bilik no.3 sebagai bilik tetamu. Warna olive green sebagai pilihan. Mama suka kaler ni. Tak tahu la kenapa. Tapi bila dah cat. Cantek jugak. Hee


4. Hall pulak,kami pilih warna light brown. Nampak luas je hall kami yg ciput ini. Belum letak barang2 lagi. Agaknya camne la bila da letak barang?huu. 


5. Untuk dapur yang menjadi centre in my heart. Yup. Dapur ni special sket. Sbb mama memang nak dapur ni cantik sebab mama akan mencurahkan banyak masa kat dapur ni. So. I want it to be my way. Kalau tak dpt exactly pn,dpt 90% dr apa yg mama imagine pn da ok. Haha!
So. Dapur ni akan ada special entry nanti ye.  :)


6. Untuk cat luar,dari dinding hinggalah ke pagar rumah. Semua en. mat yang tentukan. Sebab dia nak make sure seragam 1 taman tu nanti katanya. Tapi mungkin dia nak setiap 2 unit warna yang sama. So rumah kami dan jiran sebelah sama warna. Next unit warna lain pulak. Senang nak tunjuk rumah kita yang mana satu katanya. Hee
Cantik kan tembok pagar rumah ni. Saya suka! Kalau ada masa rasa nak cat daun2 yang ada kat pagar ni jadi warna hijau. Baru enhance sikit ukiran kat tembok ni. Ok. Next projek. Hee

So ni la a few picture yang  menunjukkan dari mula2 kami pegi melawat kawasan rumah ni. Sampai la da siap cat ni.





Alhamdulillah. Dah 95% siap dah rumah ni. InsyaAllah kalau takda apa2 aral melintang. Hjg tahun ni dapat la kami duduk rumah baru. Hee. Amin2! mudah2an

Sunday, October 14, 2012

Abah Irdina

Hensem tak? Pakai spec baru ni. Hee. Biarla kalau korang ckp tak ensem. Tapi ni hubby saya. Mesti la hensem. Hee. Love u abah irdina. Wink wink ;)

Sunday Blues

What am i doing. So early but here i am updating my blog. Haha!

Apa yang korang buat pagi ahad ni ye?tido lagi ke? Da bangun? Tengah buat breakfast? Me? I'm working. Waiting for another 2 samples to arrive. Hu

I've always having this small imagination about the way i spend a morning in weekend. Yela. Since kat terengganu ni. Sunday is not our weekend. So,tak boleh la nak mention sunday morning kan?! Hee. Ok. Back to the imagination. I've always wanted to have a cup of my own full with hot choclate,milo will do. Then lay down on my cutest sofa bed or day bed facing a wide open window. With my husband at the other corner of the sofa/the bed reading his newspaper. Then my leg laying down under his back. It feels warm there anyway. Haha! Then have a zipped of the hot choclate sambil hirup udara pagi..waahhh!! Bestnya. Berangan je! Ketuk kepala sket. Haha!

Pagi ni terdengar 1 lagu kt radio on the way to the office. Doesnt really know about the song or even the singer. But. It just put a smile on my sunday blues face. And put the blues..blues..blues away from me that wearing a blue attier today. Whack!! Haha. Ntah apa2. So. Cari la kat uncle google. Sbb ingat a few lyrics. Rupanya tajuk dia Babak Cinta from Tengku Adil.

So here are some of the lyrics that i remembered:

"Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya"

Haaahhhh...(melepaskan nafas berat)

Tuesday, October 02, 2012

Pengasuh atau Taska

Mula2 macam nak tulis tajuk entry ni pengasuh atau baby sitter je. Pastu terpikir. Eh. Kan dua perkataan tu makna yang sama je. Haha!

Irdina will turn 1yr old this month. Tak tahu nak celebrate macammana. Sebab rasanya on her birthday we'll be traveling back to terrengganu after celebrating raya haji with everybody in kampung. InsyaAllah,nak balik kedua-dua kampung nanti. Mudah2an panjang umur kami. Aminn

2hari lepas,masa ambik irdina dari rumah pengasuh dia,kak anne (bukan nama sebenar: dengan harapan,kak N atau yg sekupu2 dengannya tak baca la blog ni. Haha!) cakap nak naikkan upah untuk menjaga irdina start tahun depan. Mama yg blurr masa tu sebab dah bangun nak balik dari rumah k.N,tercakap plak ok. Selalunya mama akan cakap nak bincang dulu dengan en.suami. Tp entah kenapa masa tu,yg keluar dari mulut ni,hanya ok. Pastu mama blur. Dalam hati terdetik juga,biasanya bila budak makin besar (irdina nak 1thn dah kan!)makin kurang. Tp kenapa makin naik ye?! Pastu mama rasa,takpelah. Bayar jela.. Tapi mama macam still tak puashati. Kenapa?kenapa? And kenapa? And sesungguhnya soalan tu, k.N jela yg boleh jawab.

Bila bercerita pd kakak2 kt tempat kerja ni. Ramai yang suruh mama tukar pengasuh atau hantar irdina ke taska. Mama terfikir,ada bagusnya juga kalau hantar irdina ke taska. Boleh la irdina belajar berdikari dan bergaul dengan kawan2. Mana la tahu irdina akan pandai sesuaikan diri. Belajar untuk survive and tak manja2 dah. Sebab 2 3 ari ni,k.N selalu bgtau irdina sangat manja. Tak mahu ditinggalkan sorang. Walaupun k.N ada kat dapur utk memasak. Huu. Adakah sebab k.N dah tak sanggup nak jaga irdina,sebab tu dia naikkan harga? Again. Soalan tu,k.N je boleh jawab.

Mama rasa susah hati sekarang ni. Ada 3 bln lagi sebelum tahun baru menjengahkan diri. And mama ada masa 3bln lg untuk consider apa yg terbaik untuk irdina. Kalau korang ditempat saya,apa yg korang buat? En.suami tak kisah mana2 pun pilihan saya. Huaa..kenapa mesti saya yg  buat keputusan? Saya tak geti nak rasional dalam bab2 macam ni. Ikut perasaan,ikut hati. Boleh mati..huk2.

Bila membayangkan irdina berada ditaska,hati dan naluri saya sbg seorang ibu terdetik. Boleh ke irdina survive ditaska nanti?kalau irdina jatuh,takut atau kena buli dengan kawan2,then nangis,ada tak orang yang akan pujuk irdina. Membayangkan semua ini saya dah mula mengalirkan air mata. Yela. Tahu jela taska ni. Bila ramai kanak2 and semua perlukan perhatian. Mesti sedikit sebanyak irdina akan terabai.

Kemudian saya terpikir. Kenapa saya sebagai seorang ibu tak yakin dengan kemampuan anak saya sendiri? Kalau dia jatuh. Dia kena belajar bangun sendiri. Kalau dia kena buli atau mainan dia dirampas,dia kena belajar macammana nak fight back for her right (bukan gaduh bertumbuk la tp in a profesional way). But then kalau dia nak balik n menangis or mengadu pada mama dia about what happen in school,i'll be there for her. Comfort her and cuddle he as much as she wanted me too. I'll lend her my shoulder,my trust and all of my strenght to her. InsyaAllah,irdina akan ok kan?

Mama sayang irdina. Mama hantar irdina pergi taska bukan sebab mama N nak naikkan harga jaga irdina. Tapi sebab irdinia is a big girl now. Boleh mula belajar main dengan kawan2. And mama nak irdina pandai bergaul. Mama tak tahu sama ada terlalu awal atau tak mama anta irdina ke taska. Tapi baik anta sekarang dari irdina pandai memberontak and tak mahu dihantar ke taska kan?

Sayunya hati...tak tahu nak buat camne..huu. Pengasuh ke,taska nih untuk irdina? :'(