dari perut mama. Hee. Kecik je masa tu. So, tiba2 rasa nk menulis la
apa yg mama ingat saat2 kelahiran farzana irdina. Hee. It's gonna be a
long entry. Since in labour punya entry kan..almaklumla. hahaha. So,
bare with it ye utk sesiapa yg nak membaca =p
19/10/2011
Patutnya irdina dijadualkan keluar arini. Tapi takda apa2 tanda pun yg
menunjukkan irdina nak keluar dari perut mama. Hmm.kalau tak keluar
lagi, kena g klinik lagi 20hb. Nak cek lg. huu. Adakah irdina nak
dilahirkan pada tarikh yg cantik? 20102011? Mungkin kah? Hee
20/10/11
mama dgn slumber je g klinik. Cek-cek, kononnya low liquor (air
ketuban kurang) tak sampai 8cm. doctor kata kena g spital sbb kena
induce, air ketuban dah sikit sgt. Mama call abah, bgtau doctor nak
induce. Abah dah decide nak balik. Takut irdina keluar, takda orang
nak teman mama dalam labour room.
G spital. Doctor wat routine check. Macam2 soalan doc tanya. Wat ECG,
baby okay. Sbb mama ingat irdina nak keluar tarikh cantik, mama tanya
kat doc, bleh induce arini terus ke? Doc kata: tak. Sbb biasanya kite
induce kul 6am dgn kul 2pm. Sbb taknak emergency labour and takda doc.
Time tu dah kul 12tghari. Haih..takdapat la nak keluar tarikh cantik.
Hee. Call abah irdina and dia decide nak balik jugak. Yela, kalau
betul mama nak kena induce..ishk2. takdapat bayangkan nak bersalin
tanpa en.suami disisi. Huk2.
Petang tu, doc kat wad scan skali lagi untuk cek, betul ke low liquor.
Cek2 okay jelah pulak. So, takpayah induce. Haih..bila la irdina nak
keluar nih? Bila kat dalam wad, mama dpt tahu kalau husband nak teman
kena attend ceramah rakan suami. Ooo. Ada hikmah juga irdina belum nak
keluar lagi. Hee. Esok kena attend ceramah la. Esok jugak mama keluar
wad. Taknak tunggu la kalau takda tanda2 nak bersalin. Masa kat wad pn
mama tak tahu nak buat apa. Sakit pun tak. Relaks je anak mama dalam
perut. Mama duk ronda dalam wad kunun nak bagi sakit. Hm, sakit kejap,
pastu ilang. Orang asyik tgk je bila mama jejalan.huu. segan i..
21/10/11
Malam tadi ada rasa sakit. Tapi sakit tu hilang..10 min contraction,
then ilang..haih. taknak keluar lagi la anak mama nih. Lepas ceramah,
petang tu, mama discaj. Kena pegi hospital balik 27hb. Kalau belum
keluar sebelum smpai temujanji, mama kena induce la. Paksa keluar la
anak mama nih. Doc plak banyak kali tanya, sure ke lmp nih? Mama sure
la..huhu.i record ok!
27/12/11
Kesian en.suami sbb dah cuti 1miggu sbb standby. Takut mama
terberanak. Hee. Ada gak ckp kat en.suami. frust jugak sbb tak dapat
rasa sakit bersalin yg datang sendri. En. Suami cakap, ape2 pun, mana2
pun, tetap sakit. And baby tetap kena keluar jugak. Sampai bila nak
eram. Hee. Ada betul jugak. Huu. Tapi mama cuma berharap, dapatla
bersalin normal. Huu. Tarikh ni, kena masuk wad. So, prepare segala
keperluan. Siap bawak buku cerita sebab tahu, sure akan bosan. Hee.
Sampai di labour rom, doc wat ve. Alahai, baru 0.5- 1cm (serupa je
macam tak buka langsung). Tak padan dengan sakit gara2 VE. Huk2. Masuk
wad, rehat jela, sbb tak akan induce arini pun. Cuma wat ECG je utk
monitor jantung irdina. Yg paling kelakar. Time buat ECG tu, irdina
boleh tidur plak dalam perut mama. Hee. Serupa macam mama je, nak
tidur je kalau takda buat apa2. Hahaha.
Malam, doc plak wat ECG, ada acceleration ntah ape2 (mama pun tak
faham sgt). Tp doc kata, kalau jantung baby tak stable, tak boleh nak
induce. Ya ALLAH,mama cuma harap irdina baik2 saja dalam perut mama.
And mama doa yg terbaik. Amin! Akhirnya, ECG ok, and doc kata
insyaALLAH bleh proceed. Alhamdulillah…
28/10/2011
Pagi, kul 4 pagi, nurse dah kejut nak wat ECG. Kalau jantung baby okay
lpas dimonitor selama 1 jam, bleh la masuk ubat prostin namanya.
Induce ni, untuk datangkan rasa sakit nak bersalin tuh. Sbb, bila ada
contraction, barula ada pintu rahim akan keluar and body start
acknowledge yg dah tiba masa ye baby tu nak keluar. Irdina, dah2 la tu
duduk dalam perut mama.huu.
ECG ok, so, doc masukan ubat. Mcm smlm jugak, hasil VE Cuma 0.50-1cm.
tp kali ni, doc buat tak sakit sgt pun mcm doc kat labour room tu
buat. Hmm. Lain tangan lain skill agaknya. Huu. (kpd doc2 ni, buat la
VE dgn lemah lembut ye? Sakit tau..huk2)
Lepas masuk prostin.tak boleh weewee, mama solat. And rehat kat katil.
Sejam lepas masuk prostin. Wat ECG. And mama dah start rasa sakit.
Tapi boleh tahan lagi. Hmm. Dah lupa dah macam mana rasa sakit lepas
1st prostin nih. Sure sbb tak sakit sgt. Hahaha. Dalam kul 10 ke 11
camtu. Still takda tanda mama akan bersalin. So, kiranya 1st prostin
ni, menemui jalan buntu. Fail! Ngee. So, doc plan utk 2nd prostin,
jam 2ptg nanti. Hmm..harap2 jalan la yg 2nd prostin ni..mama nak
bersalin normal. Huu. Amin!!
Kul 2-2.30 petang, masuk 2nd prostin. Okay je..sbb dah tahu, sure akan
sakit due to VE and berbagai2. Huu. Relaks je..sejam lepas tu, dah
start rasa sakit. Ok, start counting for the frequency of contraction.
Hmm. 1x dlm 10 min. hmm. Okay. Wat aktiviti mcm biasa..g solat. Ronda
wad. Tido. Hee. Kul 6ptg. Rasa sakit yg amat. Kat wad dah start hidang
dinner. Tak lalu nak makan, sbb rasa sakit yg amat. Huk2. Dok tunggu
mak abah and en.suami datang untuk mengadu rasa sakit. Rasa2nya masa
tu, contraction dah rasa 3 min skali. Huu. Tak tahan dah nih. Betul ke
nih rasa sakit nak bersalin? Hmm. Yela kot. Kalau tak, ape lg kan?
Hee. Bila mak abah and en.suami sampai, terus ngadu sakit. So, ckp kat
nurse. "Ok. Kite cek jalan ye? Nti kitorang cari doctor.." . heh!
Doctor takda ke time ni? Lama gak tunggu diorang cari doc. Ada stgh
jam kot. Huu.
"doc dah ada, adik masuk dalam bilik rawatan ye?" aduh. Jauh tu nak
berjalan ke bilik rawatan (exaggerate je..sbb bilik rawatan tu dlm wad
tu je. Hee). Tak boleh ke diorang buat VE kat katil patient je? Kan
senang. Hee. Tp bila mama teringat, mse klas antenatal dlu ada pesan,
selagi bleh jalan, jalan, sbb gravity will help to let the baby down.
So, mama gagah kan diri untuk bangun and jalan ke bilik rawatan. Tu
pun, en.suami yg pimpin. Sangat kemas memegang tangan en. Suami.
Sampai kat depan kaunter nurse, sakit teramat sampai mengalir airmata.
Berhenti sekejap. Nurse tanya, " boleh ke? Awak nk wheel chair?"
"takpe2. Saya boleh lagi nih." Tunjuk kuat. Padahal time tu, dah rasa
nk merenggek je sbb sakit yg amat. And rasa nak peluk en.suami n minta
tolong ilangkan rasa sakit nih..huk2
Masa nak buat VE, alamak, doc lelaki la (sepanjang mama kat wad, tak
pernah lagi doc laki wat VE. Huu) tp masa tu, dah tak tahan sakit.
Lantak la. Yg penting, nak tahu, am I ready for labour? Huu. Bila doc
wat VE, baru 3 cm? ya ALLAH, sakit macam nih, baru 3 cm? huu. Nurse
kata, cukup 4 cm baru diorang biasanya tolak masuk labour room.
Waa..nangis lagi. Sakit nih. Camne nak tahan sampai 4cm?? huk2. Then,
doc kata, kite bagi ubat tahan sakit ye? Sbb awk lum ready lagi nak
labour nih. Huu. Mama dah xkisah la. Dah tak boleh nak fikir nih.
Huk2. Lepas inject, mama berjalan ke katil. Mak abah and en. Suami
balik sbb abes waktu melawat. Ape2, dia pesan suruh call. Sbb mama
blum ready lg nak bersalin. Makan pn tak petang tuh. Mama nk rehat je.
Huk2. Then, mama tido. Agaknya diorang bagi pethidine kot. Sbb tu la
skali mengantuk. Bila mama sedar, rasa sakit masih ada, tp tak mcm
petang tadi.
Specialist buat round, dalam kul 8 camtu, slumber je dia ckp kat mama
" ok, awak rehat2 la dlu ye? Banyak2 minum air, kumpul tenaga. Sakit
ye? Nanti kalau sakit sangat, sampai berpeluh, dah bukak besar la
jalan awak tu. Time tu, bgtau kat kite ye?" aduh! Slumber je..of coz
la..sure dah beratus2 dia tgk org beranak. Apela mama nih..hahahaha.
okay, nanti sambung in labour part 2 ye? ^_^
No comments:
Post a Comment