Thursday, August 01, 2013

Breastfeeding journey

Salam..lama dah rsenya tak update blog nih..hurm, tp ada ke yg nak membaca selain dari menjadi rujukan diri sendiri. Hehe

Alhamdulillah, arini, genap baby dlm kandungan 13weeks. Yup. Sekarang mama preggy adik farzana irdina, insyaAllah, bln 2 tahun depan, irdina bakal jadi kakak. Mudah2an, Allah permudahkan urusan mama n adik dlm kandungan nih. Ya Allah, peliharakan la anak dalam kandunganku, semoga dia membesar dengan sihat, sempurna n selamat smpai dia dilahirkan, aminn

Alhamdulillah juga, arini dah cukup 23hari kami umat islam berpuasa.
Dugaan buat mama berpuasa kali ni, sgt berbeza dr mengandungkn irdina dulu. Mungkin masa irdina dlu dah 3rd trimester, adik ni, still awal2 pregnancy, so, dugaan tu berbeza. Kan setiap anak tu juga turut berbeza. Hee

Harini, mama rse sakit perut. Mcm contraction. Uuu. Doc suh mama stop breasfeeding, sbb kalau tak, akam slalu contraction. hai la..sedihnya hati. Yup. Skang mama stil breasfeeding kakak irdina. Niat dihati nak sampai umur kakak 2taun. Lg brape bulan je lg..tp mcm xtercapai je. Huu.

Macam mana ni? Huu

Wednesday, March 20, 2013

isteri merajuk??

BILA ISTERI MERAJUK

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/



Tarikh: Isnin, 29 Disember 2003 @ 9:05:08 
Topik: Umum



Kita pulang dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sebentar, sembahyang 'asar' kemudian pegang raket badminton terus ke gimnasium beriadhah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita berbuat apa-apa, isteri kita sudah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan sudah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gimnasium jam 5.30 petang kerana sewa gimnasium bermula jam 5.30 dan juga kenalah menjaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita terus sahaja memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata: 

"Eishh!, takkan benda-benda kecil itu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long itu beli, bukan jauh pun kedai itu..."

Kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas untuk meletakkan "full stop" komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur seperti 'machine-gun' kata-kata kecewa kerana kita tidak mahu menolong dia. Keluarlah macam-macam peristiwa silam yang dulu-dulu itu( kesilapan-kesilapan kita tak mahu tolong dia). Sampai ke peringkat dia berkata: 

"payah(nama yang digunakan oleh isteri)..., TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PERGI BELI SENDIRI... payah FED-UP DENGAN ABANG!.." 

Sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu "Begedegum!" terus membenam(merendahkan diri/menghumbankan diri) dalam tilam nostalgia kita itu. Kita pun terpinga-pinga(tercengang/perasaan kehairanan) dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tidak mahu ke kedai dah merajuk tidak mahu masak untuk kita!.. Pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakonan "heavy drama" ayah dan ibu mereka ni. 

Kita mula naik(makin/bertambah) geram, hendak ditinggalkan terus bermain badminton, rasa pula tidak boleh hendak menumpu(kosentrasi) kepada permainan. Nak menunggu hingga isteri tu reda(tenang), entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah (sampai)hingga seminggu baru dia mengorat(memikat) kita semula. Kita pun telefon sahabat minta excuse(minta maaf). Duduklah kita di rumah itu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun agaknya-kotlah(mungkin) ada suami-suami yang nak buat. 

Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?


1. Pertama sekali, kita mesti terus mengingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa' ayat: 19, yang bermaksud: 

" ...... Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." 

Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri itu tidak merajuk, maka kita terus ke gimnasium dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya. 

2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggung hatinya(terasa hati) yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun. Isteri kita itu sabar dan menyimpan semua peristiwa-peristiwa itu dalam "hardisk" mereka. Tetapi apabila hardisk itu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa(mereka) semburkan(lepaskan/keluarkan) kesemua 'files' kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan berlari masuk ke dalam bilik dan membasahi bantal(menangis) dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa sudah "lega"(puas) lah tu. 

3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya itu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba mahu pujuk, nanti tidak pasal-pasal(tidak semena-mena) kena 'sesiku sulongnya' di dagu kita(kena pukulan isteri). Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tidak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tidak mahu pujuk dia. 

4. Bila isteri kita itu sudah mula kelihatan hendak "mengorat/tackle" kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu(malu) meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posman. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristiwa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana kita mula-mula bercinta dulu. rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padanya jika dia mula hendak mengorak/memberi senyum. Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat(sengaja) terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia "tidak siuman" itu. Lafazkan kata cinta padanya. 

5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya itu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa' ayat 34, untuk tindakan kita selanjutnya: 


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuatirkan(bimbang) nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita: 

" Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan". 

Selamat menantikan isteri merajuk...

Wednesday, February 27, 2013

Wordless wednesday

I dont eeally understand how and why its is called wordless on wednesday. Why? Hmm. Anyway. It start so positive this morning. Irdina didnt tantrum much. Smooth je. Parking pn dpt. All of a sudden je jd chaos. Huu. Tiba2 rasa sedih. Tension. And all the feelings just mix up.

And for my full of word on wednesday. It would be S.U.C.K.S!!!

Tuesday, February 12, 2013

WiNk WiNk ^_^

fuhhh...berabuk dah blog ni, takda update, kemalasan serta kesibukan (ceh, sibuk sgt.. ;P) telah menghalang untuk berblog, ececeh,,

alhamdulillah, start maulidul rasul aritu, 23hb januari, kami telah secara rasmi nye menduduki rumah baru kami. alhamdulillah. kami tekad je berpindah. dengan langisr tak pasang nye, hahaha. xpela, slow2 kan?

then family dari muar smpai. memeriahkan rumah, he. mak siap angkut kain langsir dr muar, yg tak habis dijahit aritu, nak pasang kat umah baru ni. hee.alhamdulillah..terima kasih tak terhingga kat mak. huu

mak hadiahkan set meja makan and set sofa untuk ruang tamu kami. again..terima kasih mak, tak terhingga dah apa yg mak buat untuk kami. huu. terharu..

alhamdulillah, sket2 da lengkap la rumah kami. nanti insyAllah, cuba update lg pasal rumah ye.

skang ni, tengah excited nak g bercuti ke bandung, insyaAllah flight mlmni. sampai 15hb pagi akan bertolak balik dari sne. mudah2an dapat shopping perabih duit. haha! and mudah2an semua selamat n segala urusan kami disana akan dipermudahkan,.amin..

Wednesday, January 02, 2013

Selamat tahun baru

Tak sangka ben ashaari plak jd 1st entri tahun 2013 nih. Hahaha. Apa2 pun. Happy new year everybody. Semoga new resolusi akan tercapai.

Me? Ada resolusi. Nak ada frozen pregnancy pd patient. Mudah2an. Amin. Nk kurus. Huk2. Tiap2 taun nak kurus. Hahaha. Tu je setakat ni. Mudah2an tercapai.. Aminnn :)

Akan ku miliki hatimu itu

Hmm. Patutnya buat entri ni tajuk ben ashaari. Tp tak mau la buat tajuk tu. Sebab,kalau orang google,sure terjumpa plak blog aku yg tak seberapa nih. Hahaha

Siapa ben ashaari? Yup! Blogger tegar. Hahaha. Glamour ben ni. Korang google jela. Sure jumpa. Ramai blog yg aku follow mesti follow dia nih. So,actually,xmau la jugak terjebak. Hmm. Aku mmg tak suke follow org2 yang glamour nih. Hahaha. Kalau follow pn. Jd silent reader je.

Tp semalam,bila tiba2 nak google pasal mummy poko je. Tiba2 nampak plak ben ni buat entri psal mummy poko. Entah kenapa,rasa nak klik plak. Haih. Terjebak da aku ni.. :p

Bila tgk2,ben punya blog ni sgt simple. Ramai tu follower dia. Sampai 20ribu kalau tak silap. And entri dia (malasnya nak baca.. :p) setiap tahun ada ribu2 kot. Seriously rajin betol mamat nih menulis.

Then,ada satu column tu. Mmg menarik minat aku la plak. Dia tulis cerpen. Tajuknya: akan aku miliki hatimu. Hee. Jiwang ben nih. So,klik kat situ. Layan pulak cerpen dia ni. Buat aku rasa nak bace entri2 dia. Haih. Kalau boleh malas nak baca. Hahaha. Bahasa yg dia guna,biasa2 je. Ada juga la bahasa bunga2. Tapi macam menarik plak. Ke,sebab aku da lama tak bace novel atau cerpen nih? Hahaha. I should get one novel la kot. Sebab tiba2 rasa 'melayang' je. Haha. Seriously. Terjebak dah mama irdina ni.

Kadang2 aku rasa,en.suami pn ada bakat menulis macam ben nih. He. Betol..! Betol tak en.suami? Hee. Tapi en.suami kurang berminat kot untuk menulis. Atau hatinya tak berbunga sekarang ni sampai takda rasa nak menulis? Hmm. Soalan tu. En.suami je boleh jawab

Ok. Back to ben. So,tgh layan la cerpen ben nih. Hahaha. Seriously,kena cari 1 la novel nak buat hati berbunga2 jugak. Hahahaha. Bluweekkk :p

Hati berbunga sebab ada cinta je ke? Hampess :p

Korang nk link ben ashaari? Tak payah la. Sebab bukan niat nak promote pn. Niat nak cerita perihal melayang je. Hahaha. Takpe. Google je. Mesti jpe punya lah. Kalau jumpa..selamat melayang..ops! Selamat melayan ;)

P/s: main teka teki dalam cerpen dia. Patut la menarik. Hahaha